Sambutan Hari Guru 2010

               Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat sekolah SMK Perai telah diadakan dengan meriahnya pada 27 Mei 2010. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi di tapak perhimpunan dan bacaan doa oleh adik Muhammad Ridzuan bin Muhammad Yusop .   

              Seterusnya bacaan perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Guru Cemerlang  Pn Khor Gaik Hong. Ini diikuti dengan bacaan perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Guru Kanan Bahasa Pn Zarina bt Abd Wahab.   

Guru Cemerlang, Pn Khor Gaik Hong membaca perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

GKB, Pn Zarina bt Abd Wahab membaca perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia.

              Acara sambutan diteruskan dengan bacaan IKRAR GURU yang diketuai oleh En Mohd Ikhwan dan disusuli dengan nyanyian lagu “Guru Malaysia” serta pemotongan kek.   

Bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohd Ikhwan.

Ucapara pemotongan kek Hari Guru.

Sambutan turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan yang disampaikan oleh murid-murid dan guru-guru. Acara penyampaian hadiah kepada guru turut diadakan.  

 Selepas rehat, majlis diteruskan dengan pertandingan sukaneka oleh guru-guru. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: